Apakah ayat-ayat yang boleh digunakan untuk cepat kaya

Friday 6 April 2012

HAKIKAT YANG BENAR YANG TIDAK SESIAPA PUN DAPAT INGKARI IAITU ALMAUT/MATI

Setiap pelajar yang menduduki peperiksaan pastinya tidak akan main-main dan membazirkan masa dengan sia-sia.Dia akan menggunakan seluruh waktu untuk study dan membuat persediaan untuk menghadapi hari peperiksaan yang bakal mengubah nasibnya di masa hadapan.Kerana pelajar ini punyai matlamat hidup.Punyai cita-cita yang dia impikan apabila lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan nanti.Dia menjadi harapan ibubapa,guru-guru dan masyarakat .Tetapi ramai dari kalangan kita yang terlupa bahawa kita pada suatu hari nanti akan menghadapi exam yang terakhir dalam hidup yang bernama sakaratul-maut.Saat-saat kita meninggalkan dunia yang fana ini.Pergi menuju ke alam akhirat yang kekal abadi.Kita  apabila kita ditanya yang mana pilihan kita SYURGA atau NERAKA.Pasti pilihan kita adalah syurga.Tetapi sewaktu kita hidup di alam maya ini,kita selalu menjauhi kehidupan secara ahli syurga.Malah kita benci jika orang bercakap tentang maut.Seolah-olah kita mampu mengelakkan dirin dari kematian.Kita terpesona dengan kehidupan dunia ini yang mana Allah menyebut tentang kehidupan di dunia ini di dalam firmanNYA di dalam surah Al-Hadid ayat20

ketahuilah Bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup Yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup Yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan Yang (menumbuhkan tanaman Yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa Yang tertentu), selepas itu Engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab Yang berat (di sediakan bagi golongan Yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang Yang mengutamakan Akhirat). dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya.
Allah Taala bandingkan kehidupan dunia ini seperti hujan yang turun dari langit lalu dengan air hujan itu tumbuh pokok-pokok menghijau subur,kemudian kita lihat  hari demi hari pokok yang tumbuh menghijau segar dan subur itu,semakin lama semakin kuning dan layu serta mati.Maka begitulah  juga dengan kehidupan kita manusia,Waktu kita dilahirkan ketika kecil cergas dan pantas dapat lari,panjat pokok dan sebagainya.Namun ianya tak kekal lama pejam-celik dah besar dan dah pun dewasa dan menjadi tua ,bila dah tua dan tak terdaya  lagi nak berlari maupun berjalan.Keadaan kita itu tidak kekal lama.Sewaktu kita sihat Kita cari kesenangan duniawi  berhempas pulas Kita lupa untuk mempelajari PAFA iaitu perkara asas fardhu ain .PAFA adalah benda yang asas ,bukan fardhu ain itu sendiri.Ada banyak lagi pintu-pintu yang kita harus bukakan untuk mengetahui  fardhu ain.Fardhu ain bermakna perkara yang menjadi kewajipan ke atas setiap umat Islam untuk menguasainya.Kita leka mengajar dunia yang pada suatu hari kita akan tinggalkan.Bukan bererti kita kena jualkan rumah duduk dalam pondok buruk,kita jualkan kereta ,kita jalan kaki,atau pakai basikal buruk.Bukan itu yang dimaksudkan.Tetapi kita bias memiliki segala-galanya yang ia adlah merupakan nikmat Ilahi kepada kita tetapi ingatkanlah kata ini
وأخرجوا من الدنيا قلوبكم قبل أن تخرجوا منها أبدانكم ففيها حييتم ولغيرها خلقتم
Dan keluarkanlah dunia ini dari hati kamu sebelum badan kamu keluar dari dunia ini ,maka di dalamnya kamu hidup sedangkan kamu dicipta untuk tujuan yang lain.
Kata Khatib lagi:
واعلموا أن الدنيا دار الممر وأن الآخرة دار المقر فخذوا من ممركم لمقركم
Ketahuilah bahawasanya dunia ini negeri tempat berlalu dan adalah akhirat itu negeri tempat kekal,maka ambillah bekalan dari tempat kamu berlalu untuk tempat kekal kamu
Kita harus ingat bahawa suatu hari kita akan fanak binasa apabila roh kita dicabut keluar dari jasad kita.Ketika itu tiada sesiap yang dapat menyelamatkan kita kecuali Allah Taala sahaja.
Namun suatu hari nanti kita akan tinggalkan.Kita tak bawa bersama kita,Yang akan bersama kita adalah amalan kita.Sebab itu Allah peringat kita dalam firmanNya di dalam surah Aali-Imran ayat14,15
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda Yang diingini nafsu, Iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda Yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan Yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali Yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
15. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Mahukah supaya Aku khabarkan kepada kamu akan Yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang Yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa syurga, Yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri Yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah". dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan hamba-hambaNya;
16. (Iaitu) orang-orang Yang berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa Kami dan peliharalah Kami dari azab neraka";
17. (dan juga) orang-orang Yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang Yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang Yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang Yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang Yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur.
Kerja kita adalah beramal dan memohon keampunan terhadap dosa, kesalahan dan kelalaian serta kealpaan kita.Kita lupa suatu hari nanti kita akan meninggalkan dunia yag fana ini.Kita selalu marah apabila orang peringatkan kita tentang kematian.Kita benci untuk mengingatinya sedangkan kita tak dapat melarikan diri darinya.Ini adalah kerana hijab yang menutupi hati disebabkan karat dosa dan haloba keduniaan di dalam hati kita.Sebab itu dala ayat tadi Allah menyatakan bahawa dihiasi.Bermakna sebelum dihiasi sebenarnya rupanya tidak elok,tidak menarik tetapi setelah dihiasi ia menjadi arikan hati.Cuma orang tertentu sahaja tidak terpengaruh dengan keelokan dunia yang serba menipu. Bagaimana golongan ini dapat terselamat dari tipu daya syaitan yang membisikan keelokan duniawi.Jawapannya kerana mereka berjaya merongkai hijab yang menutupi hati insani mereka.Jika kita ingin tahu kota kena belajar dari perjalanan hidup mereka.Mereka ini lah yang bergelar Al-Muqarrabun yang terdiri dari ahli tasauf sheikh-sheikh tasauf yang dah sampai darjat QTUB  yang mana pandangan mereka boleh menembusi hijab.Merekalah golongn yang memiliki mata hati atau disebut mata basir .Seumpama Tuan Shaykh Sayyid Ahmad bin Idris  yang hidup di awal kurun 19 (1835).Seperti Sheikh Muhammad Sa’id bin Jamaluddin Al-Linggi (wafat 1926)  seorang ulama dan guru tariqah yang terbesar di Negeri Sembilan. Allahyarham kembali menemui Allah pada 12 Rabiulawal dalam usia 62.Kenapa kita kena mempelajari tentang ulamak ini>kerana setiap kali kita menunaikan solat kita mohon kepada Allah untuk ditunjukki empat jalan hidup .Ketika kita membaca surah Al-Fatihah.Mereka hidup di dunia ini sama seperti kehidupan yang dilalui oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W yang kita sambut setiap kali tiba 12 Rabiul Awal setiap tahun.Kita cuti pula pada hari itu.Kerana memperingati Nabi kita yang menjadi qudwah kita contoh ikutan kita.Supaya kita berjaya di dunia ini dan di akhirat nanti.





No comments:

Post a Comment