Setiap pelajar yang menduduki peperiksaan
pastinya tidak akan main-main dan membazirkan masa dengan sia-sia.Dia akan
menggunakan seluruh waktu untuk study dan membuat persediaan untuk menghadapi
hari peperiksaan yang bakal mengubah nasibnya di masa hadapan.Kerana pelajar
ini punyai matlamat hidup.Punyai cita-cita yang dia impikan apabila lulus
dengan cemerlang dalam peperiksaan nanti.Dia menjadi harapan ibubapa,guru-guru
dan masyarakat .Tetapi ramai dari kalangan kita yang terlupa bahawa kita pada
suatu hari nanti akan menghadapi exam yang terakhir dalam hidup yang bernama
sakaratul-maut.Saat-saat kita meninggalkan dunia yang fana ini.Pergi menuju ke
alam akhirat yang kekal abadi.Kita
apabila kita ditanya yang mana pilihan kita SYURGA atau NERAKA.Pasti
pilihan kita adalah syurga.Tetapi sewaktu kita hidup di alam maya ini,kita
selalu menjauhi kehidupan secara ahli syurga.Malah kita benci jika orang bercakap
tentang maut.Seolah-olah kita mampu mengelakkan dirin dari kematian.Kita
terpesona dengan kehidupan dunia ini yang mana Allah menyebut tentang kehidupan
di dunia ini di dalam firmanNYA di dalam surah Al-Hadid
ayat20
ketahuilah Bahawa (yang
dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup Yang berupa
semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang
mengurang), juga (bawaan hidup Yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu
(dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba
membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah
seperti hujan Yang (menumbuhkan tanaman Yang menghijau subur) menjadikan
penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu
bergerak segar (ke suatu masa Yang tertentu), selepas itu Engkau melihatnya
berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui
lagi, bahawa) di akhirat ada azab Yang berat (di sediakan bagi golongan Yang
hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta
keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang Yang mengutamakan Akhirat).
dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi
orang-orang Yang terpedaya.
Allah Taala bandingkan kehidupan
dunia ini seperti hujan yang turun dari langit lalu dengan air hujan itu tumbuh
pokok-pokok menghijau subur,kemudian kita lihat hari demi hari pokok yang tumbuh menghijau
segar dan subur itu,semakin lama semakin kuning dan layu serta mati.Maka begitulah
juga dengan kehidupan kita manusia,Waktu
kita dilahirkan ketika kecil cergas dan pantas dapat lari,panjat pokok dan
sebagainya.Namun ianya tak kekal lama pejam-celik dah besar dan dah pun dewasa
dan menjadi tua ,bila dah tua dan tak terdaya lagi nak berlari maupun berjalan.Keadaan kita
itu tidak kekal lama.Sewaktu kita sihat Kita cari kesenangan duniawi berhempas pulas Kita lupa untuk mempelajari
PAFA iaitu perkara asas fardhu ain .PAFA adalah benda yang asas ,bukan fardhu
ain itu sendiri.Ada banyak lagi pintu-pintu yang kita harus bukakan untuk
mengetahui fardhu ain.Fardhu ain
bermakna perkara yang menjadi kewajipan ke atas setiap umat Islam untuk
menguasainya.Kita leka mengajar dunia yang pada suatu hari kita akan
tinggalkan.Bukan bererti kita kena jualkan rumah duduk dalam pondok buruk,kita
jualkan kereta ,kita jalan kaki,atau pakai basikal buruk.Bukan itu yang
dimaksudkan.Tetapi kita bias memiliki segala-galanya yang ia adlah merupakan
nikmat Ilahi kepada kita tetapi ingatkanlah kata ini
وأخرجوا من الدنيا قلوبكم قبل أن تخرجوا منها أبدانكم ففيها حييتم ولغيرها
خلقتم
Dan keluarkanlah dunia ini
dari hati kamu sebelum badan kamu keluar dari dunia ini ,maka di dalamnya kamu
hidup sedangkan kamu dicipta untuk tujuan yang lain.
Kata Khatib lagi:
واعلموا أن الدنيا دار
الممر وأن الآخرة دار المقر فخذوا من ممركم لمقركم
Ketahuilah bahawasanya dunia
ini negeri tempat berlalu dan adalah akhirat itu negeri tempat kekal,maka
ambillah bekalan dari tempat kamu berlalu untuk tempat kekal kamu
Kita harus ingat bahawa suatu
hari kita akan fanak binasa apabila roh kita dicabut keluar dari jasad
kita.Ketika itu tiada sesiap yang dapat menyelamatkan kita kecuali Allah Taala
sahaja.
Namun suatu hari nanti kita akan
tinggalkan.Kita tak bawa bersama kita,Yang akan bersama kita adalah amalan
kita.Sebab itu Allah peringat kita dalam firmanNya di dalam surah Aali-Imran
ayat14,15
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada
benda-benda Yang diingini nafsu, Iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak;
harta benda Yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan
Yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun
tanaman. semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. dan (ingatlah), pada
sisi Allah ada tempat kembali Yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
15. Katakanlah (Wahai
Muhammad): "Mahukah supaya Aku khabarkan kepada kamu akan Yang lebih baik
daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang Yang bertaqwa disediakan di sisi
Tuhan mereka beberapa syurga, Yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka
kekal di dalamnya. disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri Yang suci
bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah". dan (ingatlah), Allah
sentiasa melihat akan hamba-hambaNya;
16. (Iaitu) orang-orang Yang
berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Kami telah beriman,
oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa Kami dan peliharalah Kami dari azab
neraka";
17. (dan juga) orang-orang
Yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang Yang benar
(perkataan dan hatinya), dan orang-orang Yang sentiasa taat (akan perintah
Allah), dan orang-orang Yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan
orang-orang Yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur.
Kerja
kita adalah beramal dan memohon keampunan terhadap dosa, kesalahan dan
kelalaian serta kealpaan kita.Kita lupa suatu hari nanti kita akan meninggalkan
dunia yag fana ini.Kita selalu marah apabila orang peringatkan kita tentang
kematian.Kita benci untuk mengingatinya sedangkan kita tak dapat melarikan diri
darinya.Ini adalah kerana hijab yang menutupi hati disebabkan karat dosa dan
haloba keduniaan di dalam hati kita.Sebab itu dala ayat tadi Allah menyatakan
bahawa dihiasi.Bermakna sebelum dihiasi sebenarnya rupanya tidak elok,tidak
menarik tetapi setelah dihiasi ia menjadi arikan hati.Cuma orang tertentu
sahaja tidak terpengaruh dengan keelokan dunia yang serba menipu. Bagaimana
golongan ini dapat terselamat dari tipu daya syaitan yang membisikan keelokan
duniawi.Jawapannya kerana mereka berjaya merongkai hijab yang menutupi hati
insani mereka.Jika kita ingin tahu kota kena belajar dari perjalanan hidup mereka.Mereka
ini lah yang bergelar Al-Muqarrabun yang terdiri dari ahli tasauf
sheikh-sheikh tasauf yang dah sampai darjat QTUB yang mana pandangan mereka boleh menembusi
hijab.Merekalah golongn yang memiliki mata hati atau disebut mata basir
.Seumpama Tuan Shaykh Sayyid Ahmad bin Idris yang
hidup di awal kurun 19 (1835).Seperti Sheikh Muhammad
Sa’id bin Jamaluddin Al-Linggi (wafat 1926)
seorang ulama dan guru tariqah yang terbesar di Negeri Sembilan. Allahyarham
kembali menemui Allah pada 12 Rabiulawal dalam usia 62.Kenapa kita kena
mempelajari tentang ulamak ini>kerana setiap kali kita menunaikan solat kita
mohon kepada Allah untuk ditunjukki empat jalan hidup .Ketika kita membaca
surah Al-Fatihah.Mereka hidup di dunia ini sama seperti kehidupan yang dilalui
oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W yang kita sambut setiap kali tiba 12
Rabiul Awal setiap tahun.Kita cuti pula pada hari itu.Kerana memperingati Nabi
kita yang menjadi qudwah kita contoh ikutan kita.Supaya kita berjaya di dunia
ini dan di akhirat nanti.